Amazing Watermelon Punch

Amazing Watermelon Punch

Resipi tembikai daripada 3 bahan ini adalah hidangan sampingan yang sangat menyegarkan dan lazat untuk hari minggu bersama keluarga! Tidak ada yang sia-sia kerana anda akan mengubah tembikai menjadi hidangan yang istimewa.

Resipi jus tembikai ini tidak hanya menyegarkan, tetapi juga merupakan alternatif yang sihat untuk minuman manis, kerana ianya kaya dengan vitamin B, antioksidan, kalium dan kalsium.

Tambahan, ianya sangat menghidratkan! Baik kanak-kanak mahupun orang dewasa amat menyukainya.

Petua: Sekiranya anda ingin meningkatkan kandungan nutriennya, biarkan tembikai anda masak sepenuhnya.

BAHAN-BAHAN

Anda hanya memerlukan 3 bahan untuk membuat resipi ini!

  1. Tembikai Tanpa Biji – bagus dan masak.
  2. Lemonade Beku – dicairkan.
  3. Jus Nanas tanpa gula – anda juga boleh menggunakan pemanis jika anda lebih suka minuman yang lebih manis.

Pin on Growing fruit
Fakta menarik: Tembikai merupakan buah-buahan sekali gus sayur-sayuran.
Dek kerana rasa manis, tembikai sering dianggap sebagai buah-buahan dan ianya tumbuh  seperti buah-buahan, yang berasal dari bunga yang didebungakan oleh lebah dan para petani juga menganggapnya sebagai buah-buahan, kerana ia mengandungi biji. Namun tidak kurang juga para petani yang menganggapnya sebagai sayur-sayuran apabila ianya tumbuh dan membesar di kebun sayur-sayuran mereka seperti kacang, jagung, timun dan labu.

CARA MEMBUATNYA

Anda akan menjadi satu-satunya yang tahu bahawa sangat mudah untuk menyatukan Tembikai Tembikai ini.

Langkah 1 – Siapkan Tembikai Anda

Basuh tembikai anda terlebih dahulu.

Kemudian keluarkan isi tembikai dan ianya tidak mengambil masa sama sekali, dan anak-anak akan sangat gembira untuk membantu! Oleh itu, libatkan mereka!

Potong bahagian atas tembikai kira-kira 1/6 dari jalan ke bawah. Potong hujung bawah cukup untuk memastikan tembikai akan berdiri sendiri. Keluarkan isi tembikai.

Tembikai yang telah dikeluarkan isinya

Langkah 2 – Campurkan Bahan-Bahan Anda

Letakkan isi tembikai ke dalam blender dan kisar sehingga halus. Anda akan mendapatinya sedikit berbuih, jangan risau. Sediakan penapis dan mangkuk kemudian tuangkannya ke dalam mangkuk tersebut.

Sekarang masukkan kembali hasil jus tembikai tadi ke dalam blender. Masukkan perahan limau dan jus nanas dan kisar hingga rata. Anda boleh menambah sedikit gula cair jika jika anda mahu ianya lebih manis.

Petua: Gula cair dibuat dari satu bahagian air dan satu bahagian gula (1:1), atau Gula pasir putih biasanya digunakan. Untuk membuatnya, masukkan gula dan air dalam periuk. Didihkan, kacau, hingga gula larut. Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum menggunakannya.

Pindahkan campuran itu tadi ke dalam mangkuk hidangan atau boleh juga ke dalam tembikai yang telah dilubangkan itu tadi atau terus ke dalam gelas. Anda boleh menghiasnya dengan potongon limau dan daun mint.

Selamat mencuba dan menikmati hidangan lazat ini.

Kami suka mendengar daripada anda!

Sekiranya anda ingin mencuba resipi ini, jangan lupa untuk memberikan nilaian anda dan masukkan komen anda di bawah ini; kami amat suka untuk mendengarnya! Lebih baik lagi, gunakan hashtag #fruitsjungle jika anda membuat resipi ini.

Leave a Reply